Slider

Probiotics - Halal?

Statement ni pendapat daripada seorang teman saya bila saya ajukan persoalan ini :

Fatwa from JAKIM that states that tapai is halal. Tapai to me, is a higher source of sugars for yeast fermentation, and also tastes much more sour than my homemade beet kvass and ginger ale (both non-alcoholic, because: 1, I make sure to cut the beet and ginger into large pieces instead of grinding, because grating/grinding will result in release of more sugars from the beet and ginger, and hence push the process into alcoholic fermentation by yeast instead of lactic acis fermentation by lactobacilli; and 2, I add salt and sometimes some homemade whey containing lactobacilli in order to push it into lact-fermentation).

My understanding is that what is made haram is khamr, defined as anything that intoxicates and causes harm. Hence ecstacy is haram even though it does not contain alcohol. Yeast fermentation, even in bread, produces alcohol, albeit in tiny amounts. From the JAKIM fatwa:
Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%. But of course as in all things, you must follow your heart/conscience. If you feel was-was, then do avoid foods that you feel might not be halal.

On the other hand, LACTO 5 memang ada tanda halal :)

A Kid's Guide to Atopic Dermatitis - Bahagian 1


Saya siarkan bahagian satu buku ebook percuma ini oleh Fujisawa Healthcare pada minggu ini. Bahagian-bahagian seterusnya akan saya titipkan dalam posting minggu-minggu seterusnya, so please bookmark my blog ;)


Bebas tanpa bergantung Krim Steroid - 6 Bulan sudah berlalu



Ironisnya saya membuka satu botol Olivenol baru hari ini - 6 bulan tanpa intervention daripada Topical Steroid Cream. Separuh tahun sudah berlalu. Merah-merah di pelipat semakin kurang. Hujung minggu yang lepas saya beranikan diri, beri dia makan Laksam (tiada garam, tiada perisa) walaupun tidak suka tektur mee laksam yang pelik buatnya (gluten free - saya hanya pakai tepung beras sahaja untuk Mimi) tapi kuah laksam dihirup habis. Seminggu sekali sudah boleh makan ayam, tapi quantity sedikit. Kalau ikan, hanya pelaling yang kecil dan kembung sederhana sahaja saya berani bagi. Ikan kecil hanya mangsa dan bukan pemangsa. Semakin besar ikan semakin tinggi merkurinya dan merkuri di dalam badan anak kecil menghidap E adalah tidak bagus sama sekali.

Mimi selsema selama 2 minggu. Mengapa 2 minggu? Saya hendak lihat sejauh mana kesabaran saya menggunakan Natural Remedies tanpa sebarang ubat pun dari klinik. No antibiotik, no ubat selsema Antamin. Hanya Ibuprofen sekali sahaja ketika dia awal-awal demam. Itu pun saya rasa menyesal, tapi mungkin saya agak panik kerana suhunya agak tinggi. Selepas saya tuam dan berjaga selepas itu, memang demamnya cepat kebah.

Bersama-sama selsema naik ruam berbiji-biji di leher dan bawah dagu (pelipat leher). Ruam yang SANGAT DEGIL. Terpaksa bergantung pada MooGoo Nappy Balm kerana kandungan semulajadi Zinc Oxide membantu mengalas kulit daripada terkena "cemar peluh" dan air liur. Saya agak, Mimi "mengences" sebab mahu tumbuh gigi lagi. Di tambah dengan selsema, memanglah package yang sangat tak best.

But all is well. Kami sampai juga ke mark 6 bulan. Hadiah paling berharga, hari ini selsema Mimi kurang. Dan sepanjang dia selsema, masih aktif.

Mencari Informasi Tentang Ubat Yang Di Beri

Kesinambungan daripada posting hari tu tentang ubat-ubat yang dibungkus semula. Ada yang bertanya kalau dapat ubat camni, nak buat macamana?

Saya jawab :
Sebaiknya paling tidak awat nasihatkn klinik terutama ttg kontiminasi. Next wud be utk at least dapatkan nama ubat dan check with MIMS.

So MIMS tu apa?

so ni di ambil dari Facebook mereka

About
Asia's one-stop drug resource, delivering officially approved drug information to medical professionals in Asia Pacific. Log on to www.mims.com today!

Mission
MIMS.com aims to facilitate improved patient safety and care through the delivery of up-to-date and timely drug information to healthcare professionals throughout Asia.

Description
Disclaimer: The information posted on this webpage is intended for medical professionals. Any information provided is not intended to serve as a substitute for clinical judgement and should not be relied upon solely for final treatment decisions. You are advised that approved drug information differs from country to country and the information may not be applicable outside of the country or region it is indicated for. If you are not a medical professional, you should note that this website does not provide professional medical advice and is not intended to replace personal consultation with a qualified physician.

Website ni percuma. All you need adalah nama ubat tu. Kalau tak ditulis, minta dari nurse atau kerani klinik tu. Kalau dah sampai rumah, call klinik dan tanya nama ubat. Ini hak kita sebagai pengguna

Contohnya dapat ubat macam dalam gambar ni -


Kadang saya pun tak faham kenapa kalau bagi ubat, kertas risalah yang datang dengan ubat ni tak di beri sekali. BAHAYA tau.


Sebab apa saya kata bahaya? Sebab kita tak dapat info tentang kesan sampingan penggunaan ubat tersebut. Lebih-lebih lagi sekarang kita dah nampak sendiri kesan penggunaan steroid sapuan berlebihan akibat daripada tidak mendapat informasi yang lengkap. Macam saya selalu cakap "sapu nipis-nipis" adalah tidak cukup sebagai panduan...

Bagaimana menggunakan MIMS?

Buka carian Google dan type nama ubat dan MIMS seperti di bawah :


Hasil carian mestilah dapat list yang di bawah. Pakai mana-mana yang mendapat informasi lengkap


Actually kat tepi arrow tu kalau kita "mouse over" dia akan bagi cache copy



Kadang webpage dia tak boleh view sebab kita bukan ahli, tapi jangan bimbang, asalkan awak klik address lepas tu ada tulis "Cached" kat tepi tu kita masih boleh view informasi yang ada.

Benda-benda yang HARUS kita beri perhatian (saya highlight dalam kotak oren)
  • Dosage
  • Overdosage
  • Contraindications
  • Special Precautions
  • Adverse Drug Reactions

Dan bagi ibu-ibu yang mendapat ubat sapuan, paling penting untuk tengok MIMS CLASS (saya kotakkan warna merah) - Topical Corticosteroids

Bawah dia pun kena ambik perhatian untuk mengetahui "kepekatan" steroid.
ATC Classification  
D07AC13 - mometasone ; Belongs to the class of potent (group III) corticosteroids. Used in the treatment of dermatological diseases.

Sepatutnya hanya group 6 dan group 7 sahaja yang diberi pada kanak-kanak, tapi tak tahu mengapa sekarang ini sudah jadi macam kebiasaan sampai group 3 steroid pun diberi sedangkan umumnya dalam bidang perubatan, hanya group 6 dan 7 sahaja.

Kadang-kadang juga, Special Precautions tak bagi details yang penuh, jadi PERLU dan PENTING untuk click untuk dapatkan info tentang "Special Precautions" yang ada pada ubat tersebut


Bila kita klik kat "Click to view Elomet detailed prescribing information" tu akan dapat full info tentang APA YANG PERLU KITA BERHATI-HATI dengan UBAT TERSEBUT


so apa dia cakap kat situ adalah :
Use in children: Suitable precautions should be taken under the previously mentioned conditions or when long-term use is anticipated, particularly in infants and children. Pediatric patients may demonstrate greater susceptibility to topical corticosteroid-induced hypothalamic-pituitary axis suppression and Cushing's syndrome than mature patients because of a larger skin surface area to body weight ratio. Use of topical corticosteroids in children should be limited to the least amount compatible with an effective therapeutic regimen. Chronic corticosteroid therapy may interfere with growth and development of children.
alamak apa benda ni? (hehehe kadang-kadang English sangat kita tak faham kan?)
Penggunakan di kalangan kanak-kanak: langkah berjaga-jaga yang sesuai perlu diambil di bawah syarat-syarat yang disebutkan sebelumnya atau apabila penggunaan jangka masa panjang dijangka, terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak. Pesakit pediatrik boleh menunjukkan kerentanan yang lebih besar kepada topikal kortikosteroid-teraruh hypothalamic-pituitari paksi penindasan dan sindrom Cushing berbanding pesakit yang matang kerana luas permukaan kulit yang lebih besar kepada nisbah berat badan. Penggunaan kortikosteroid semasa di kalangan kanak-kanak harus terhad kepada jumlah sekurang-kurangnya serasi dengan regimen terapi berkesan. Terapi kortikosteroid kronik boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
So pendapat saya bagaimana? Boleh ke guna? HPA axis suppression ni boleh disebabkan oleh TS yang walaupun steroid dia rendah. (baca laporan lanjut dari FDA di sini)


Ini gambar anak pada salah seorang ahli yang telah menggunakan steroid sapuan. Kulit anak nampak "shining" , merah dan menipis. Dia stop terus pakai dan cuma guna kaedah natural mengawal eczema macam anak saya. Hasilnya pada gambar no 3.

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA UBAT YANG DOKTOR BERIKAN UNTUK ANAK ANDA
  • Bertanya apa nama ubat
  • Gunakan MIMS untuk mengetahui informasi mengenainya sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan ubat tersebut, apatah lagi jika mampu dikawal secara semulajadi dan hanya melibatkan tempat yang sedikit sahaja. Maksudnya kalau hanya ruam yang sedikit, jika mampu mengawal pemakanan dan persekitaran jangan terus beralih pada ubat sintetik.
Notakaki : Harus berhati2 sekarang. Apatah lagi ada berita macam di bawah ni - company ni bukan SEBARANGAN OK!...

GlaxoSmithKline to pay $3bn in US drug fraud scandal

Doctors bribed
GSK, one of the world's largest healthcare and pharmaceuticals companies, admitted to promoting antidepressants Paxil and Wellbutrin for unapproved uses, including treatment of children and adolescents.

"We have learnt from the mistakes ”
Andrew Witty
GlaxoSmithKline chief executive
The illegal practice is known as off-label marketing.

The company also conceded charges that it held back data and made unsupported safety claims over its diabetes drug Avandia.

It agreed to resolve civil liability for promoting asthma drug Advair and two lesser-known drugs for unapproved uses.

In addition, GSK has been found guilty of paying kickbacks to doctors.

Sourdough - Roti Berkhasiat Untuk Anak-Anak Kita

Dalam posting yang lepas saya dah beri penerangan panjang lebar tentang kepentingan merendam bijirin. Ketahui dan pelajari bagaimana membuat ROTI PALING BERKHASIAT DI DUNIA untuk anak-anak kita yang alah, eczema dan asthma. Malah terdapat resipi menggunakan tepung beras yang sesuai bagi anak-anak yang alah gluten (protein gandum)









Sabun Mabel ::: Savonnière : Rasa nyaman dan sangat melembabkan, sabun semulajadi buatan tangan untuk penghidap eczema



Owh gosh, kadang-kadang saya rasa eczema yang Mimi ada ni suatu kurniaan yang tidak terhingga. Saya bertemu Mabel dalam ruangan support group eczema di alam maya dan beliau menawarkan perkhidmatan mencari beberapa blogger untuk test sabun-sabun buatan tangannya.

Kimia dan tambah bebas, setiap bar sabun kami diproses sejuk dibuat dari pelbagai minyak sayuran, susu, tanah liat kosmetik semulajadi, botani dan ramuan buah-buahan.

Warna-warna yang digunakan diperoleh daripada herba dan rempah semula jadi, yang membuat setiap bar lebih dekat dengan 100% semulajadi. Sabun sedikit beraroma menggunakan minyak pati; apa-apa penggunaan wangian (item hanya sintetik dalam sabun saya) akan disebut.

Saya memilih "Olive Oil Set" dan selepas beberapa minggu selepas saya email Mabel, saya menerimanya.




Sabun Mabel ::: Savonnière dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan dipotong, dicop & dibalut dengan tangan, menjadikannya benar-benar hasil kerja tangan yang penuh dengan rasa kecintaan terhadap bahan semulajadi.

Saya dah dua hari gunakan sabun ni pada Mimi dan memang nampak sangat moisturizing. Oleh kerana bahannya yang agak sedikit dan kebanyakkannya Mimi tidak alah, maka saya rasa sangat sesuai dengan kulitnya. Saya sendiri mempunyai kulit muka yang sensitif dan selepas memakai sabun ini, memang tidak terasa merengsakan dan kulit tidak terlalu kering malah ia melembabkan.

Sabun pilihan saya diperbuat daripada 75% minyak zaitun dengan minyak kelapa dan mentega biji mangga. Memang mengimbau juga bau sabun yang pernah saya pakai di rumah nenek di kampung. Bau semulajadi. Suami panggil sabun tu sabun klorofil sebab warna hijau hahaha. Tapi itulah, sabun yang terbaik sememangnya takde bau perfume kan?

Agak sedikit mahal bagi kita di Malaysia tapi kalau anda mahukan terbaik saya rasa wang bukan menjadi masalahkan? Bagi rakyat Malaysia yang berada di Europah, UK dan Perancis khususnya saya rasa ini pilihan terbaik jika sukar mendapatkan produk lain seperti MooGoo dan Buds. Layarilah laman web Soaps at Mabel Savonnière bila anda ada masa, kerana pada saya barangannya sangat berkualiti dan sesuai buat anak-anak yang mempunyai ekzema.

notakaki :
Jika anda sering mendapat alahan, patch test semua produk semulajadi di kawasan kulit yang kecil terlebih dahulu untuk melihat jika terdapat reaksi atau tidak. Produk semula jadi adalah lebih baik untuk kesihatan pada pendapat kami.

Ubat-ubat dalam bentuk tablet, kapsul, sirap dan krim luaran dibungkus semula dalam bungkusan lebih kecil tidak dibenarkan


Ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa ubat-ubat dalam bentuk tablet, kapsul, sirap dan krim luaran dibungkus semula dalam bungkusan lebih kecil seperti gambar di atas sebenarnya sudah tidak dibenarkan lagi sejak 1 September 2008, oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .

Daripada gambar ubat di atas:

Nama ubat tidak ditulis dengan lengkap. Adakah anda tahu apa nama ubat tersebut? .

  • Bagaimana cara pengambilan?
  • Bilakah tarikh luputnya?
  • Syarikat manakah yang membuat atau mengilangkannya?
  • Bila ubat ini dihasilkan?
  • Syarikat mana yang bertanggungjawab mengedarnya dalam Malaysia?
  • Apakah ubat ini berdaftar dan selamat digunakan.

Semua persoalan ini tidak dapat dijawab jika cara pembungkusan semula ini diamalkan. Mulai 1 September 2008 ubat-ubat yang dijual di klinik dan farmasi wajib berada dalam bungkusan asalnya mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian. Ini bagi menjaga keselamatan pengguna.

Apakah maksudnya?

Bermula 1 September 2008 kementerian telah melaksanakan konsep pek saiz pesakit (patient pack size) di mana bungkusan ubat yang dijual sudah siap sedia untuk diberikan atau dibekalkan kepada pelanggan tanpa perlu membungkusnya semula dengan kuantiti yang mencukupi dan tidak melebihi jumlah bekalan untuk sebulan atau tidak melebihi bagi kegunaan seseorang pesakit untuk sesuatu rawatan. Maknanya klinik atau farmasi tidak boleh membeli bekalan ubat dengan bungkusan yang besar dengan kandungan yang banyak dan kemudian membungkusnya semula ke dalam bungkusan-bungkusan yang lebih kecil. Contohnya sirap ubat batuk dibeli dalam botol 1 liter kemudian dituang ke dalam botol-botol lebih kecil berisipadu 90ml atau 60ml dan sebagainya.

Mengapa?

Konsep ini dilaksanakan bagi memelihara ketulenan dan integriti sesuatu ubat. Ia juga bagi mengelak pendedahan dan pencemaran yang tidak sepatutnya ke atas ubat tersebut. Sebagai contoh ubat krim sapu yang datangnya dalam bekas besar 500 gram kemudian dikeluarkan pula untuk dimasukkan ke dalam bekas-bekas krim yang lebih kecil. Semasa proses ini kebarangkalian untuk ubat krim tadi tercemar adalah amat besar. Kemungkinan habuk, kuman atau bahan lain yang melekat pada spatula atau sudu yang diguna untuk mengeluarkan krim dari bekas lain sebelumnya, termasuk dalam ubat. Ada juga amalan mencampurkan 2 atau 3 jenis krim menjadi satu. Jika ini dilakukan sejauh mana ubat ini stabil dan adakah ianya tidak bertindakbalas antara satu sama lain? Ada juga sesetengah farmasi dan klinik mencampurkan pewarna ke dalam krim yang dijual sebagai identiti ubat mereka seperti warna biru, hijau, merah dan sebagainya.

Baguskah konsep ini?

Dengan perlaksanaan ini pengguna dapat mengetahui dan mengenalpasti cara-cara pengambilan ubat serta keperluan pengambilannya.

Pengguna juga dapat mengenali ubat tersebut dengan mengetahui kandungannya, kekuatan ubat tersebut, nama ubat, jenama serta syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut. Pengguna juga boleh tahu bila ubat tersebut dihasilkan dan di mana ianya dikilangkan.

Pek original menyediakan arahan dan maklumat lengkap mengenai ubat.

Pek original ditulis nombor kelompok (batch no.) bagi ubat tersebut berserta dengan tarikh luputnya.

Konsep ini dapat menghalang dan mengelak ubat tercampur-aduk atau tercemar semasa proses pembungkusan semula atau semasa pemberian ubat kepada pesakit.

Sebagai kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa perlaksanaan konsep pek original ini atau pek saiz pesakit adalah memudahkan pengguna, memberi keselesaan, menjimatkan dan memperbaiki mutu dan kualiti ubat yang dibekalkan kepada pengguna. Ia juga meningkatkan keberkesanan semasa proses pemberian (dispensing) ubat dan meningkatkan tahap keselamatan dalam penggunaan ubat dengan cara mengurangkan risiko dan kebarangkalian berlakunya kesilapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...