Tiba-tiba sahaja badan Mimi naik ruam bintik - seluruh badan. Di tambah pula dengan keadaan radang yang bertombok-tombok. Ada bahagian siku yang kering dan Mimi garu macam tak ada rasa langsung.
Sebelum ni naik di pelipat sahaja - tak teruk sangat. Doktor kat PPUM memang confirm yang dia eczema. I tanya juga beberapa kali kat paed pediatrik A&E tu, "boleh ke dia disuntik MMR kalau ada eczema" dengan konfidennya dia kata "BOLEH" ~ tapi gini lah pulak jadinya :(
I ambik ni daripada buku "Understanding Childhood Eczema By Penny Titman" Untuk tidak memeningkan kepala mak-mak, yang ini yang paling RINGKAS dan mudah difahami cara kita nak diagnose anak kita tu eczema ke tak :
Mesti mengalami :
- Keadaan kegatalan kulit yang melampau - An itchy skin condition
- Ditambah tiga atau lebih daripada yang berikut : melibatkan pelipat kulit seperti pelipat siku, bahagian pelipat belakang lutut, pergelangan kaki atau di pipi bg bayi
- sejarah peribadi mengidap lelah (asma) atau resdung atau sejarah penyakit atopik terutama pada keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
- Sejarah mengalami kulit kering pada tahun yang sebelumnya
- ekzema flexural or ekzema yang kelihatan di pipi dan dahi serta anggota badan luar bagi kanak2 dibawah 4 tahun
- Permulaan pada 2 tahun pertama anak.
tanpa disangka, keadaan ekzema atopik yang teruk, Mimi garu sahaja kulit dia sampai berdarah-darah. Mengakur krup krup macam tak ada rasa sakit langsung. Tau-tau bangun, I bau darah kat tangan dia.
Jadi dalam kelam kelibut tu, saya terus bawak dia jumpa allergics kat Jalan Ipoh. Hasilnya? tunggu....