Slider

Tentangan dan Apa Yang Kita Tidak Tahu


Walaupun dengan pelbagai informasi yang dibentangkan di support group, saya masih mendapat tentangan.
Ini tidak mustahil. Kita menganggap para pegawai perubatan lebih berpengetahuan daripada kita. Kita lupa, mereka juga manusia biasa dan dalam satu jangkamasa yang singkat dari pada tahun 1950 apabila mereka mula mencipta topical steroid, ada kemungkinan kerana ianya suatu penemuan yang menakjubkan, mereka kurang beri perhatian pada side effect yang wujud selepas penggunaan yang berpanjangan. Apatah lagi, simptoms red skin syndrome seakan-akan sama dengan ekzema itu sendiri.

Seorang kawan daripada ITSAN bertanya : Tanya soalan ini "jika kulit anda tidak benar-benar ketagih apa yang akan menjadi mudarat jika anda berhenti atau mengapa menjadi mudarat jika anda berhenti??"

Hari ini saya dikejutkan dengan satu lagi kenyataan : Fougera adalah salah satu pengeluar terbesar Steroid Topikal. Mereka menghasilkan 5 juta kg setahun topikal, bukan steril, salap, krim dan cecair hanya di dua kilang mereka di AS. Dan perniagaan mereka semakin pesat membangun, jadi mereka terpaksa mengembangkan kilang mereka. Nampak? Faham? Fikir-fikirkan lah...

Jadi kalau salah satu syarikat pharma terbesar di dunia di kaitkan dengan kempen kesedaran tentang ekzema, anda rasa mereka menggalakkan penghidap untuk pakai apa dan sapu macam-macam jenis topical steroid untuk apa?
http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2012/5/6/health/11225810&sec=health

huhuhu...anda buat (research) anda bijak

Sumber gambar di atas : http://www.fougerapharmaceuticals.com/manufacturing.aspx

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...