Bagi mereka yang mencari alternatif kepada penjagaan anak yang mempunyai masalah ekzema dan kulit sensitif, pencarian memang tidak berkesudahan.
Sejak beberapa bulan ini, saya dan beberapa ibu di kumpulan sokongan Natural Healing for Asthma, Allergies dan Eczema atau NAAE cuba memperkenalkan beberapa alternatif kepada penjagaan semulajadi bagi anak yang mengalami masalah ekzema, tanpa penggunaan bahan-bahan sampingan seperti steroid, paraben dan SLS yang mampu membuatkan kulit anak bertambah teruk.
Kami bebesar hati menerima kerjasama antara NAAE dan I-Green yang bermurah hati membuat promosi serta khidmat nasihat bagi produk blue labelnya yang dibuat khusus untuk anak-anak yang mengalami ekzema.
Apabila seseorang bayi atau kanak-kanak mengalami ekzema, kulit mereka akan menjadi kurang efektif untuk melindungi mereka daripada kehilangan lembapan, panas dan jangkitan bakteria.
Malangnya, rawatan yang sering digunakan iaitu dengan krim kortikosteroid hanya merawat ekzema dalam jangka masa pendek. Pada masa yang sama, ia menyebabkan kerosakan penipisan kulit kekal.
Penggunaan krim tersebut juga boleh menyebabkan rekahan kulit dan hipopigmentasi akibat penggunaan berterusan krim yang berasaskan steroid.
Penggunaan krim steroid yang berterusan dan berpanjangan menyebabkan berlakunya penyerapan steroid ke dalam aliran darah yang boleh meningkatkan kesan sampingan lain.
Soo Kian Kheng mengalami pengalaman yang sama kerana anaknya menghidap ekzema berusaha mencari alternatif bagi menggantikan krim steroid. Pengarah Pembangunan dan Penyelidikan I-Green (M) Sdn. Bhd., itu kemudiannya berjaya menghasilkan rangkaian produk Buds Super Soothing untuk mengatasi masalah dermatitis atopik atau ekzema.
"Selepas melihat kesakitan dan ketidakselesaan yang dihadapi oleh anak-anak saya, saya tahu bahawa saya perlu lakukan sesuatu.
"Saya pernah membangunkan produk organik dan semula jadi di bawah rangkaian produk Buds untuk kulit normal, jadi saya mempunyai pengetahuan asas terutamanya mengenai ekstrak tumbuh-tumbuhan," kata Kian Kheng.
Alternatif steroid
Sehubungan itu, Kian Kheng mengambil keputusan untuk mencari alternatif ubat bebas steroid supaya dapat mengelakkan anaknya daripada terdedah kepada steroid.
"Selepas beberapa penyelidikan dan percubaan, saya sangat gembira apabila menemui formula yang betul.
KIT Penyelamat Ekzema Buds Super Soothing dihasilkan bebas steroid.
"Apabila menggunakan krim tersebut, kami mula mendapati perbezaannya. Ruam merah semakin hilang dalam beberapa hari. Saya dan isteri sangat lega. Segala kebimbangan mengenai ekzema hilang sama sekali," ujarnya.
Hari ini, ekzema yang dihidapi oleh anak-anaknya terkawal melalui penggunaan produk berasaskan tumbuhan semula jadi organik.
Selain bebas steroid dan diiktiraf organik oleh EcoCert, produk Buds ditingkatkan dengan prebiotik semula jadi.
Buds didatangkan dengan kit penyelamat yang dipanggil Buds Super Soothing Eczema Rescue Kit yang mengandungi hydrating cleanser, rescue lotion dan buku kecil setebal 22 muka surat yang lengkap dengan informasi mengenai ekzema, rawatan serta pengurusan ekzema.
Antara ramuannya ialah aloe vera, ekstrak shiso, spent grain wax, ekstrak daun zaitun, fruktan, jojoba, bunga matahari, buah zaitun dan minyak inca inchi.
List complete bagi label BLUE RANGE adalah :
Eczema Rescue Kit & Eczema Rescue Kit (travel kit)
Eczema Rescue Kit & Eczema Rescue Kit (travel kit)
Super Soothing Hydrating Cleanser - pencuci top to wash yang boleh di pakai buat mandi dan shampoo
Super Soothing Rescue Lotion (dalam 2 size 150ml dan 50ml) untuk merawat Ekzema
First Aid Lotion - untuk luka terjatuh dan sebagainya
Nappy Rash Rescue Cream - untuk ruam lampin
Calming Tummy Rub Cream - untuk ketidakselesaan perut (seperti menyapu vicks, tp yang ini all natural)
Cradle Cap Rescue Oil dan Cradle Cap Cleansing Lotion - untuk masalah kulit kepala kering atau taik sawan pada bayi terutama bayi baru lahir
Apa kata parents yang menggunakan range ini?
SERTAI KAMI DI KUMPULAN SOKONGAN
Natural Healing of Asthma, Allergies & Eczema
dan
dapatkan tawaran istimewa sehingga 20%
bagi barangan BLUE LABEL Buds Organics
Tawaran sah sehingg 31 Octorber 2012
Salam puan,
ReplyDeletesaya buat search psal ekzema terjumpa blog puan..baca sana sini...jumpa plak psal BUDS ni...anak saya bru jadi ekzema..tp tak teruk lg...sya dh cuba cetaphil & izera..dua2 mcm x sesuai kat anak sya...jadi kebetulan ari tu pegi farmasi dorang suggest BUDS ni kat saya...saya trus beli 2 pack yang Eczema Rescue Kit tu...1 tuk umah...1 lg tuk umah pengasuh...Alhamdulillah...kulit anak saya dapat dikawal dari naik merah2 ekzema tu...ni baru saya tau yang ekzema bebas dari steroid...jadi saya akan terus gunakan produk ni la tuk anak saya....TQ puan.
jika puan minat nk pasang filter udara cuckoo..bolehla borak ngn sy puan sue..sy agen cuckoo ni..bgus juge pakai utk tapis kuman dn debu kan..ni no 011-16930576..puan wsp la .nt sy reply.byk promo menarik cuckoo skrg..ni..
DeletePuan, saya nak tanya..Saya bakal melahirkan bb bln 11/2013, sy mmg bercadang untk guna bud baby product ni..cume sy kurang pasti perlu beli yang biasa atau beli yang utk ekzema.sbb ank sulung sy mmg ada ekzema..tp tak teruk lah
ReplyDeleteSalam. Sebagai alternatif utk mommies yg anaknya ekzema or sensitive skin, boleh try Tropika Baby Skin Care products. Produk natural mesra alam, based on minyak kelapa dara or virgin coconut oil. Bebas bahan kimia, bebas steroids, bebas parabens & bebas SLS. Alhamdulillah good feedback from satisfied moms. Ni produk keluaran bumiputera, halal & plg penting harganya affordable.
ReplyDeleteFor for info boleh visit website http://www.tropikababies.blogspot.sg/ ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi.
Harap dapat membantu :)
Puan,sy dah pm komunity NHAAE untuk menjadi ahli dan join group utk sebarang aktiviti dan berkongsi pengalaman krn anak sy mengalami ekzema
ReplyDeleteBoleh sy tahu mcm mna nk join komunity NHAAE? Ank sy juga eczema . Mohon pencerahan
DeleteBuds boleh guna untuk orang dewasa tak
ReplyDeleteboleh sy tahu mcmmana nk join kominiti NHAAE?..
ReplyDeletejika ade ibu ibu minat nk pasang filter udara cuckoo..bolehla borak ngn sy puan sue..sy agen cuckoo ni..bgus juge pakai utk tapis kuman dn debu kan.client sy sgt berpuas hti sejak mereka pasang sbb udara bersih dn anak2 pun sgt kurg asma dan gatai ...ni no 011-16930576..puan wsp la .nt sy reply.byk promo menarik cuckoo skrg..ni..
ReplyDelete