Slider

Showing posts with label Topical Steroid Addiction. Show all posts
Showing posts with label Topical Steroid Addiction. Show all posts

Kulit Merah Seperti Terbakar - Pesakit pada mulanya didiagnosis dengan ruam menjadi lebih buruk selepas rawatan

Bebas tanpa bergantung Krim Steroid - 6 Bulan sudah berlalu



Ironisnya saya membuka satu botol Olivenol baru hari ini - 6 bulan tanpa intervention daripada Topical Steroid Cream. Separuh tahun sudah berlalu. Merah-merah di pelipat semakin kurang. Hujung minggu yang lepas saya beranikan diri, beri dia makan Laksam (tiada garam, tiada perisa) walaupun tidak suka tektur mee laksam yang pelik buatnya (gluten free - saya hanya pakai tepung beras sahaja untuk Mimi) tapi kuah laksam dihirup habis. Seminggu sekali sudah boleh makan ayam, tapi quantity sedikit. Kalau ikan, hanya pelaling yang kecil dan kembung sederhana sahaja saya berani bagi. Ikan kecil hanya mangsa dan bukan pemangsa. Semakin besar ikan semakin tinggi merkurinya dan merkuri di dalam badan anak kecil menghidap E adalah tidak bagus sama sekali.

Mimi selsema selama 2 minggu. Mengapa 2 minggu? Saya hendak lihat sejauh mana kesabaran saya menggunakan Natural Remedies tanpa sebarang ubat pun dari klinik. No antibiotik, no ubat selsema Antamin. Hanya Ibuprofen sekali sahaja ketika dia awal-awal demam. Itu pun saya rasa menyesal, tapi mungkin saya agak panik kerana suhunya agak tinggi. Selepas saya tuam dan berjaga selepas itu, memang demamnya cepat kebah.

Bersama-sama selsema naik ruam berbiji-biji di leher dan bawah dagu (pelipat leher). Ruam yang SANGAT DEGIL. Terpaksa bergantung pada MooGoo Nappy Balm kerana kandungan semulajadi Zinc Oxide membantu mengalas kulit daripada terkena "cemar peluh" dan air liur. Saya agak, Mimi "mengences" sebab mahu tumbuh gigi lagi. Di tambah dengan selsema, memanglah package yang sangat tak best.

But all is well. Kami sampai juga ke mark 6 bulan. Hadiah paling berharga, hari ini selsema Mimi kurang. Dan sepanjang dia selsema, masih aktif.

Ketagihan pada krim topikal steroid

Terapi dengan kortikosteroid jangka pendek semasa MASIH boleh menyekat paksi HPA biasa berkaitan dengan menyebabkan tekanan kenaikan kortisol serum gagal untuk berlaku. FDA telah mengkaji kajian penindasan adrenal menggunakan ujian rangsangan adrenal pada pesakit pediatrik yang dirawat dengan kortikosteroid topikal untuk dermatitis responsif kortikosteroid. Kenaikan di bawah normal dan / atau puncak dalam kepekatan kortisol serum berikutan rangsangan yang adrenal dengan sintetik ACTH (cosyntropin, 1-24 ACTH, atau CortrosynTM) telah digunakan untuk menubuhkan diagnosis "secondary adrenal insufficiency". Penindasan adrenal di kalangan beberapa peserta kajian berlaku dalam kajian klinikal yang dikaji semula untuk kelulusan dadah. Data-data ini akan dikaji semula pada mesyuarat itu.

Anak-anak Eczema yang mengalami Topical Steroid Withdrawal
kerana badan mengalami ketagihan Steroid dan runtuhnya sistem immune seperti yang di katakan di atas. 

Topical Steroid Addiction masih merupakan bidang yang baru
Dua orang pakar terkenal dalam bidang ini
'

Perintis dalam Ketagihan kortikosteroid dan Sindrom Kulit Merah. 
Pengarang Artikel Persembahan Jurnal Pelbagai dan Perubatan mengenai perkara ini. 
Beliau telah menyembuhkan beribu-ribu pesakit melalui pendekatan yang terbukti.
Dua artikel oleh Dr. Marvin Rapaport yang paling penting:
1) Corticosteroid Addiction and Withdrawal Red Skin Syndrome
2) Eyelid Dermatitis to Red Face Syndrome to Cure

DR.MOTOTSUGU FUKAYA

Dr. Mototsugu Fukaya, telah merawat beribu-ribu pesakit dengan TSA di Jepun.
Pengarang buku di Jepun pada steroid berlebihan dan Ketagihan
KLIK DI SINI untuk versi Bahasa Inggeris BUKU
KLIK DI SINI untuk artikel yang dipanggil "Nota untuk Doktor yang Merawat TSW"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...