Salah satu cabaran ramai daripada group kami ketika anak-anak atau diri sendiri mengalami TSW (Topical Steroid Withdrawal) adalah jangkitan sekunder. Entah bagaimana kekeringan berlebihan dan gatal-gatal yang teruk menyebabkan kulit tercedera dan mewujudkan jangkitan. Kebiasan jangkitan adalah seperti di bawah :
Kemudaratan kondisi kulit pesakit ekzema juga terbentuk kerana pengurangan lapisan lipid (berminyak) kulit penghidap ekzema dibandingkan dengan kulit normal. Halangan lipid sebenarnya membantu dalam mencegah kehilangan lembapan yang berlebihan dan apabila ini dikrompomi maka kelembapan kulit mudah hilang lebih cepat dan hasilnya ia membuat kulit menjadi sangat kering, seterusnya membawa kepada kegatalan yang kronik. Selain daripada kemudaratan ini, berpeluh dan perubahan suhu tinggi boleh menyebabkan kulit ekzema bertambah teruk.
Kekeringan melampau, keadaan kulit seperti plastik dan perasaan gatal yang melampau adalah biasa apabila seseorang berhenti menggunakan steroid. Kita tidak boleh lupa bahawa steroid sapuan juga boleh menyebabkan ekzema, dipanggil topical steroid induced eczema atau steroid induced rosacea(http://www.rosacea.net/steroid.html)
Keadaan yang semakin teruk dan luka yang terkena infeksi sebegini disebabakan oleh Staphylococcus aureus. Staphylococcus aureus adalah bakteria lazimnya memang sudah ada dalam saluran pernafasan manusia dan pada kulit. Kerosakan pada kulit atau kecederaan lain boleh membenarkan bakteria mampu mengatasi mekanisme perlindungan asli badan, yang mana seterusnya membawa kepada jangkitan. Tahukah anda sebenarnya krim sapuan steroid menahan sistem imun daripada bekerja, oleh itu dalam situasi begini, krim steroid akan menjadikan keadaan bertambah buruk.
Jangkitan straph pada kulit akan membentuk nanah bernanah, bisul, atau furuncle, bergantung kepada jenis tepat luka dan kemudaratan yang ada. Kawasan terjejas boleh menjadi merah, bengkak, sakit dan. cecair atau nanah adalah perkara biasa. Apabila Staph berada dalam darah (bakteremia atau sepsis), ia boleh menyebabkan demam tinggi, rasa seram sejuk, dan tekanan darah rendah.
Dalam kedua-dua kes, kami di NAAE telah mencadangkan penggunaan zink oksida. Nampak gaya dari hasil pembacaan dan pengalaman kami, krim topikal yang mengandungi zink oksida adalah berguna untuk ekzema atopik serta penyembuhan luka. Banyak keadaan kulit berkaitan ketidakseimbangan zink ini sebenarnya termasuk jerawat, psoriasis, ekzema, vitiligo dan kes-kes dermatitis yang lain. Zink mampu memberi bantuan kepada penyembuhan luka, dan membantu memberi kolagen dan lain tisu kualiti elastik mereka. Salap atau krim Zink Oxide adalah ubat tradisional untuk masalah kulit.
Juga di dalam kajian "Studies on zinc in wound healing." Agren MS. Acta Derm Venereol Suppl (Stockh). 1990; 154:1-36. mendapati :
Tindak balas keradangan berkurangan dalam luka yang dirawat zink
Mekanisme anti-bakteria zink oksida seolah-olah menjadi secara tidak langsung pengantara melalui sistem pertahanan tempatan dan bukannya toksik kepada bakteria
Apabila zink disapu bukan sahaja membetulkan defisit zink di dalam badan, tetapi boleh bertindak sebagai penyembuhan
Zink oksida mempunyai peranan utama dalam penyembuhan luka. Ia cemerlang sebagai anti-radang dan pengeringan luka yang mana bermakna bahawa bakteria tidak mempunyai kondisi yang sesuai untuk membiak. Selain itu, Zink oksida membantu dalam menyekat perengsa dari bersentuhan dengan kulit, yang mana seterusnya mengurangkan jangkitan dan menggalakkan penyembuhan.
Kami telah juga menasihati ahli-ahli NAAE untuk mengambil Probiotik bagi meningkatkan sistem imun mereka untuk menghindari jangkitan (Probiotik membantu untuk keseimbangan flora usus dan seterusnya menjadi KUAT melawan infeksi), lebih makan karbohidrat komplek dan kurang karbohidrat refined seperti beras putih dan tepung putih, lebih baik jika mengambil Gluten Free Diet dan diet rendah gula semasa penyembuhan (kerana sel imun tidak berfungsi secara cekap apabila paras gula darah tinggi) dan amalkan pemakanan anti-oksidan yang tinggi seperti dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebanyakkan ahli juga mengamalkan Olivenol Plus yang kaya anti oxidan Hydroxytyrosol membantu menggalakkan penyembuhan luka dan keadaan kulit serta mempunyai ciri-ciri anti-radang
Berikut adalah hasil selepas menggunakan krim zink oksida dan saranan kami di atas:
Sebenarnya ini bukan kali pertama kami menyarankan penggunaan MooGoo Nappy Balm untuk membantu dalam situasi begini. Ia telah benar-benar berhasil, tetapi kita tidak pernah terdetik pun menunjuk atau menggali jauh ke dalam sains disebalik penyembuhan tersebut. Setelah di kaji dan di amati, kita amat bertuah di linduing kemudaratan produk berkimia kerana Nappy Balm daripada MooGoo sememangnya diperbuat daripada bahan-bahan natural, tiada steroid, tiada mineral oil dan tiada paraben. Ahli-ahli NAAE terus menggunakan Balm lampin selama beberapa hari (2-3) sehingga luka tidak lagi berair dan kelihatan kering, dan seterusnya menggunakan Krim MSM Soothing yang mengandungi Sulfur Organik dipanggil Methyl-Sulfonyl-Methane. Sulfur diperlukan untuk sintesis kolagen yang betul. Kolagen adalah apa yang membantu kulit kembali kepada bentuk asalnya. Gunakan juga Basuhan MooGoo Milk Wash yang tidak merengsakan lagi kulit sebagai tambahan dalam rawatan secara SEMULAJADI ini.
Malah kami dapati juga ada para dermatologi yang sebenarnya akan mencadangkan penggunaan salap zink oksida dan pesakit membeli krim atau salap tersebut di "seksyen krim lampin." Kami hanya mampu tersenyum ketika membaca cara ini :)
http://www.earthclinic.com/CURES/eczema6.html
Awas:
Sila pastikan anda tidak alah kepada Zink Oksida sebelum mencuba kaedah ini.
MooGoo lampin Balm anda boleh membeli di laman web ini
http://www.moogoo.my/specialty-creams/nappy-balm.html
Rujukan:
http://www.patient.co.uk/doctor/Atopic-Dermatitis-and-Eczema.htm http://www.earthclinic.com/CURES/eczema6.html#GACVZO http://healthyliving.msn.com/diseases/diabetes/high-blood-sugar-and-slow-healing-wounds-1
http://www.livestrong.com/article/134121-the-effect-zinc-oxide-skin/
http://www.medicinenet.com/staph_infection/page2.htm
http://itsan.org/forum-and-faqs.html
http://www.google.com/patents/US20100331377
http://www.olivenolplus.com/news.shtm
hai kak farah. saya tgk kat fb akak ade mention yg moogoo dah dijual di watson. dah ada kat semua watson ke, sebab semalam saya ada pergi kat satu watson ni cari moogoo tapi takde jual pun rasanya...
ReplyDeleteSaya dulu ade mar mertua belikan satu set Moogoo tapi tak berkesan sebab anak saya ade lactose intolerance kot. (ini teori sendiri aje lah)
ReplyDeletepernah nak consider pakai Buds lepas ni
Hi. Saya beli satu set MooGoo tapi eczema anak jadi makin teruk. So i guess she has allergic reaction to cow's milk protein. Memang bagi susu formula kambing Karihome coz masa kasi Enfalac kulit dia naik severe rashes. So now continue with Buds super soothing rescue lotion je. Doc cakap sabun pun tak payah pakai. What a waste of money beli MooGoo.. I should have bought the cream je dulu to test :(
ReplyDeleteanak sy 10 bulan pun eczema teruk. ingat nak try moogoo gak. sblm ni guna ezerra n now tropika virgin coconut oil. mula2 ok tp bila dia dmm r selsema mmg semakin teruk. pn farah dulu trus guna 1 set r mcm mana ye.
ReplyDeletemaklumat lanjut boleh anda perolehi dengan menghantar inbox kepada kami ye Ians
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/ekzemamalaysia