Slider

NAAE - sokongan moral tidak putus-putus



Kesibukkan sejak kebelakangan ini membuatkan saya tidak berkesempatan untuk membuat posting tentang aktiviti-aktiviti sokongan yang telah kami jalankan.

Ternyata saya masih lagi terasa keterujaan bertemu ibubapa yang begitu gigih mahu keluar dari genggaman penggunaan steroid sapuan dan steroid-steroid lain seperti Predisolone untuk mengawal radang dan kegatalan kronik.

Sebagai tantapan berikut adalah aktiviti kami sepanjang bulan lepas dan awal bulan ini.

Vitacare BSC Eczema Day - 8 September 2012
Eczema talk by MooGoo



Saya telah dijemput sekali lagi oleh pihak MooGoo dan Vitacare Phamarcy untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pengawalan ekzema, radang dan kegatalan kronik secara semulajadi kepada beberapa pelanggan. Seperti biasa, saya akan menyentuh tentang aspek-aspek seperti diagnosis klinikal, faktor-faktor immunological, penggunaan ubat-ubatan, efek jangkamasa panjang penggunakan steroid sapuan dan kaedah alternatif pada pengurusan ekzema. Juga membincangkan aspek-aspek seperti keturunan dan gen mutasi fillagrin, penggunaan Krim Aqueous yang boleh menyebabkan kerengsaan kerana ia mengandungi SLS (detergent) melalui kajian Profesor Richard Guy dan Manda Tsang dan bagaimana penggunaan steroid sapuan boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk kerana asakan pada kelenjar ardenal. Saya juga membentang kondisi yang di panggil Steroid-Induced Rosacealike Dermatitis (Ekzema disebabkan krim sapuan steroid). Alhamdulillah saya amat berterima kasih di atas sokongan moral daripada pihak Triniare, Vitacare dan ahli-ahli senior daripada kumpulan sokongan yang tidak putus-putus menyokong perjuangan kami.





MALAYSIAN ALLERGY DAY 2012 - Managing Childhood Allergies
Educational Workshop for Parents
22 September 2012




Tahukah anda bahawa setiap 16 September merupakan Hari Alahan Malaysia?
Pada tanggal pihak MSAI (Malaysian Society of Allergy & Immunology) telah mengadakan satu bengkel khas tentang kesedaran alahan termasuk ekzema kepada ibubapa di Sunway Resort Hotel. Kali ini saya teruja kerana kawan rapat saya Nur Hafizah Ahmad Tajuddin sanggup datang dari Kuala Trengganu untuk menghadirinya. Saya menggalakkan dia pergi kerana anaknya besar kemungkinan menghidap FPIES. Kondisi ini tidak mendapat pendedahan meluas yang sepatutnya dan apa yang kami dapati daripada perbincangan bersemuka dengan Dr Amir yang kebetulan salah seorang ahli panel, hanya terdapat 2 immunologist yang mampu memberi rawatan yang terbaik buat kondisi ini (samada dia ataupun Dr Kent Woo), Saya juga amat gembira apabila pertemuan dalam sebuah bengkel kerja sebegini mampu mempertemukan saya kepada beberapa ibubapa yang boleh menjadi ahli-ahli baru NAAE.





KL Breastfeeding FLASH MOB, KLCC - 23 SEPTEMBER 2012



Saya juga telah aktif sebagai aktivis yang menyokong penyusuan bayi sebagai alternatif yang sangat berkesan untuk mengurangkan dan mengawal alahan seperti ekzema dan asma. Sebagai tanda sokongan kami telah membina satu banner besar yang memberi kesedaran bahawa susu formula kadangkala boleh menyebabkan potensi alahan yang sangat teruk. Hanya susu ibu sahaja yang mampu memberi perlindungan serta mampu "ditapis" melalui berpantang pemakanan supaya bayi yang mempunyai alahan dan ekzema masih mendapat nutrisi yang diperlukan.





Play N Learn Discovery Exhibition 2012 - Mid Valley Exhibition Centre
29 & 30 September 2012



Sekali lagi pihak MooGoo berbesar hati memberi sedikit ruang kepada kami mengadakan hari bertemu ahli selama dua hari. Kesempatan ini saya gunakan juga untuk memberi kesedaran tentang bahaya GMO di dalam pemakanan dan sedikit ilmu epigenetiks buat majoritynya kaum-kaum ibu untuk digunakan dalam menangani alahan terutamanya ekzema secara semulajadi. Pertemuan pada 2 hari tersebut sesungguhnya banyak membantu para ahli dan mereka sesungguhnya berasa amat lega apabila dapat bertanyakan soalan dan pendapat secara bersemuka sebegitu. Saya juga menggunakan kedua hari tersebut untuk melancarkan satu lagi support group yang saya kira sangat penting bernama Mothers for Non Toxic Generation. Tahukah anda bahawa kebanyakkan daripada kita sebenarnya mampu "menutup suis" epigenetic factor dalam keturunan masing-masing yang akan menyebabkan anak-anak atau cucu-cucu kita mendapat ekzema, alahan dan asma? Inilah yang dibincangkan di dalam kumpulan sokongan tersebut.



Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati pada aktiviti-aktiviti sokongan yang telah dijalankan sejak kebelakangan ini. Ianya merapatkan lagi hubungan kami dan membantu ahli dalam pengurusan yang lebih komprehensif dan menyeluruh terhadap ekzema (dan juga alahan dan asma) secara semulajadi. Pengurangan pergantungan kepada ubat-ubatan adalah amat penting jika kita mahu sebuah generasi yang lebih sihat. Ubatan sintetik hanya memberi kelegaan sementara dan kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan yang memburukkan keadaan. Penubuhan kumpulan sokongan akan mencapai satu tahun tidak lama lagi. Kami juga sedang mengumpul maklumat kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers, Ubat Kebangsaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Ini kami jangka adalah satu langkah yang sangat besar kerana database mereka yang SETUJU bahawa penggunaan steroid sapuan jangkamasa panjang adalah MEMBEBANKAN dan MENYAKITKAN pesakit, malah sudah terbukti bahawa pengurusan secara semulajadi WALAUPUN LAMBAT adalah lebih bermanfaat secara jangkamasa panjang

1 comments:

  1. smoga sihat slalu ya....puan dh pakai penapis udara ??kat umah dah ade ke pasang cuckoo ?kalau belum sy bole bantu...nak pasang yg C model penapis udara tu bole sgt...sy uruskan pemasangan seluruh malaysia ...sabah srwak pun bole sbb order online je..dlm 48 jam ready dh utk staff dtg pasang.... penapis udara sgt bagus utk org ade asma tau..tapis kuman dn habuk tu....
    Bila2 senang bolehlah layari fb sy https://www.facebook.com/pg/sue01116930576/posts/?ref=page_internal


    semua promo cuckoo ade dlm tu...dan skrg cuckoo jugak offer sanitasi service tauu...boleh wsp sy 011-16930576.

    antara langkah pencegahan asma adalah make sure rumah ade penapis udara..yg ni byr bulanan 70 lebih saja tidakla mahai dn membebankan tp bermanfaat kan utk menapis habuk dn kuman di udara..semua client sy sgt suke sejak pakai filter c model ni sbb udara makin bersih dn anak pun sgt kurg asma dn selesema.....akak bole pm sy ya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...