Bidang perubatan bawa pulangan mewah dengan modal yang kecil
Saya pernah menulis bagaimana Fougera adalah salah satu pengeluar terbesar Steroid Topikal. Mereka menghasilkan 5 juta kg setahun topikal, bukan steril, salap, krim dan cecair hanya di dua kilang mereka di AS. Dan perniagaan mereka semakin pesat membangun, jadi mereka terpaksa mengembangkan kilang mereka. Dari sini sahaja sudah menampakkan bagaimana bidang perubatan modern mampu memberi pulangan yang mewah yang kadangkala mengabur mata moral individu - hanya kisah tentang pulangan daripada side effectnya pada masyarakat. Mana tidaknya, ianya murah dan mampu di bekalkan buat bermacam2 jenis penyakit. Sesiapa pun boleh cepat kaya.
Biarpun berbeza namun, modus operandi pencuri-pencuri ini tiada bezanya, berlandaskan keuntungan tinggi pada modal yang hampir ZERO.
Pihak polis, telah menerima dua laporan polis mengenai kejadian pecah dan kecurian melibatkan hospital di ibu Negara ini.Kejadian pertama berlaku pada 12 Jun 2012, di Hospital Tung Sin, Jalan Pudu, Kuala Lumpur melibatkan kehilangan lebihkurang dua mesin processor berserta 15 aksesori endoscope yang dianggarkan bernilai RM 600,000.00.
Kehilangan ini disedari oleh kakitangan hospital berkenaan pada jam 7.00 pagi apabila mendapati terdapat kesan pecah pada pintu bilik doktor dan bilik yang menyimpan peralatan endoscope berselerak serta berlaku kehilangan.
Kejadian kedua berlaku pada 21 Jun 2012, di Hospital PPUM Kuala Lumpur. Melibatkan kehilangan tiga mesin processor berserta 22 jenis aksesori endoscope yang dianggarkan bernilai RM 4 juta Ringgit Malaysia. Kehilangan ini disedari oleh kakitangan hospital berkenaan pada jam 7.53 pagi apabila mereka mendapati bilik rawatan khas untuk pesakit dan penyimpanan endoscope dipecah serta hilang.
Berdasarkan siasatan polis, mendapati kejadian ini dilakukan oleh sekumpulan (7) orang penjenayah yang bukan setakat tahu dimana peralatan berkenaan disimpan oleh pihak hospital, juga mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang tinggi di dalam mengenalpasti kebolehgunaan serta membuka peralatan endoscope yang dicuri. Melihat kepada modus operandi yang sama di dalam kedua kejadian tersebut, pihak polis yakin kejadian pecah dan curi ini melibatkan dari kumpulan yang sama yang menjadikan hospital yang mempunyai kemudahaan rawatan menggunakan peralatan tersebut sebagai sasaran melakukan jenayah.
Pihak polis Kuala Lumpur telah menubuhkan satu “task force” untuk menyiasat kejadian ini, pada peringkat ini pihak polis ingin menyiarkan gambar-gambar suspek yang disyaki terlibat dengan kedua kejadian ini untuk perhatian orang ramai supaya dapat bersama-sama membantu mengesan suspek terbabit. Berdasarkan kepada gambar-gambar suspek yang diedarkan ini, pihak polis tidak menolak mengenai kemungkinan jenayah ini dilakukan oleh warga asing.
Selain itu, pihak polis juga mengambil kesempatan ini, untuk menyeru kepada mana-mana hospital awam atau hospital pakar swasta yang mempunyai kemudahan rawatan penggunaan endoscope untuk meningkatkan pemerhatian terhadap kehadiran suspek seperti gambar diedarkan yang berkemungkinan menyamar untuk mendapatkan rawatan dan kemudiannya melakukan jenayah seperti dinyatakan. Selain orang ramai, pihak polis juga menyeru kepada penyewa-penyewa kereta atau premis (rumah / hotel ) yang didatangi oleh kumpulan ini untuk tampil memberi maklumat mengenai kehadiran suspek berkenaan untuk tindakan polis.
Kepada sesiapa yang mengenali atau pernah terjumpa dengan kumpulan ini adalah diminta untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi terus talian Rakan Cop no:03-2115999 atau boleh berhubung terus dengan pegawai “task force” Pegawai Turus D9 JSJ IPK KL, Supt: Yahya bin Abdul Rahman melalui telefon no: 019-4708946.
Lagi gambar di sini : pinkversation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment