Bebas tanpa bergantung Krim Steroid - 6 Bulan sudah berlalu
Ironisnya saya membuka satu botol Olivenol baru hari ini - 6 bulan tanpa intervention daripada Topical Steroid Cream. Separuh tahun sudah berlalu. Merah-merah di pelipat semakin kurang. Hujung minggu yang lepas saya beranikan diri, beri dia makan Laksam (tiada garam, tiada perisa) walaupun tidak suka tektur mee laksam yang pelik buatnya (gluten free - saya hanya pakai tepung beras sahaja untuk Mimi) tapi kuah laksam dihirup habis. Seminggu sekali sudah boleh makan ayam, tapi quantity sedikit. Kalau ikan, hanya pelaling yang kecil dan kembung sederhana sahaja saya berani bagi. Ikan kecil hanya mangsa dan bukan pemangsa. Semakin besar ikan semakin tinggi merkurinya dan merkuri di dalam badan anak kecil menghidap E adalah tidak bagus sama sekali.
Mimi selsema selama 2 minggu. Mengapa 2 minggu? Saya hendak lihat sejauh mana kesabaran saya menggunakan Natural Remedies tanpa sebarang ubat pun dari klinik. No antibiotik, no ubat selsema Antamin. Hanya Ibuprofen sekali sahaja ketika dia awal-awal demam. Itu pun saya rasa menyesal, tapi mungkin saya agak panik kerana suhunya agak tinggi. Selepas saya tuam dan berjaga selepas itu, memang demamnya cepat kebah.
Bersama-sama selsema naik ruam berbiji-biji di leher dan bawah dagu (pelipat leher). Ruam yang SANGAT DEGIL. Terpaksa bergantung pada MooGoo Nappy Balm kerana kandungan semulajadi Zinc Oxide membantu mengalas kulit daripada terkena "cemar peluh" dan air liur. Saya agak, Mimi "mengences" sebab mahu tumbuh gigi lagi. Di tambah dengan selsema, memanglah package yang sangat tak best.
But all is well. Kami sampai juga ke mark 6 bulan. Hadiah paling berharga, hari ini selsema Mimi kurang. Dan sepanjang dia selsema, masih aktif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam kak Farah.
ReplyDeleteSaya baru sahaja ikuti blog akak termasuk blog masakan :) sehingga saya terjumpa entri ini.
Anak saya, Irdina, 6 bulan, kalau selesema mesti selama 2 minggu ke atas, kemudian baik, kena balik. Jumpa Dr, Dr kata itu tanda2 awal,mungkin mengikut baka papa nya yang ada sinus.
Betulkah begitu? Dan ya, memang naik ruam di pelipat leher.. Kesian kalau tengok Irdina menyusu, mengah2 sebab nafas x lepas, hidung tersumbat.
Saya x bagi makan ubat pon, cuma bagi madu 1ml setiap pagi..