Owh gosh, kadang-kadang saya rasa eczema yang Mimi ada ni suatu kurniaan yang tidak terhingga. Saya bertemu Mabel dalam ruangan support group eczema di alam maya dan beliau menawarkan perkhidmatan mencari beberapa blogger untuk test sabun-sabun buatan tangannya.
Kimia dan tambah bebas, setiap bar sabun kami diproses sejuk dibuat dari pelbagai minyak sayuran, susu, tanah liat kosmetik semulajadi, botani dan ramuan buah-buahan.
Warna-warna yang digunakan diperoleh daripada herba dan rempah semula jadi, yang membuat setiap bar lebih dekat dengan 100% semulajadi. Sabun sedikit beraroma menggunakan minyak pati; apa-apa penggunaan wangian (item hanya sintetik dalam sabun saya) akan disebut.
Saya memilih "Olive Oil Set" dan selepas beberapa minggu selepas saya email Mabel, saya menerimanya.
Sabun Mabel ::: Savonnière dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan dipotong, dicop & dibalut dengan tangan, menjadikannya benar-benar hasil kerja tangan yang penuh dengan rasa kecintaan terhadap bahan semulajadi.
Saya dah dua hari gunakan sabun ni pada Mimi dan memang nampak sangat moisturizing. Oleh kerana bahannya yang agak sedikit dan kebanyakkannya Mimi tidak alah, maka saya rasa sangat sesuai dengan kulitnya. Saya sendiri mempunyai kulit muka yang sensitif dan selepas memakai sabun ini, memang tidak terasa merengsakan dan kulit tidak terlalu kering malah ia melembabkan.
Sabun pilihan saya diperbuat daripada 75% minyak zaitun dengan minyak kelapa dan mentega biji mangga. Memang mengimbau juga bau sabun yang pernah saya pakai di rumah nenek di kampung. Bau semulajadi. Suami panggil sabun tu sabun klorofil sebab warna hijau hahaha. Tapi itulah, sabun yang terbaik sememangnya takde bau perfume kan?
Agak sedikit mahal bagi kita di Malaysia tapi kalau anda mahukan terbaik saya rasa wang bukan menjadi masalahkan? Bagi rakyat Malaysia yang berada di Europah, UK dan Perancis khususnya saya rasa ini pilihan terbaik jika sukar mendapatkan produk lain seperti MooGoo dan Buds. Layarilah laman web Soaps at Mabel Savonnière bila anda ada masa, kerana pada saya barangannya sangat berkualiti dan sesuai buat anak-anak yang mempunyai ekzema.
notakaki :
Jika anda sering mendapat alahan, patch test semua produk semulajadi di kawasan kulit yang kecil terlebih dahulu untuk melihat jika terdapat reaksi atau tidak. Produk semula jadi adalah lebih baik untuk kesihatan pada pendapat kami.
0 comments:
Post a Comment