Kesibukkan sejak kebelakangan ini membuatkan saya tidak berkesempatan untuk membuat posting tentang aktiviti-aktiviti sokongan yang telah kami jalankan.
Ternyata saya masih lagi terasa keterujaan bertemu ibubapa yang begitu gigih mahu keluar dari genggaman penggunaan steroid sapuan dan steroid-steroid lain seperti Predisolone untuk mengawal radang dan kegatalan kronik.
Sebagai tantapan berikut adalah aktiviti kami sepanjang bulan lepas dan awal bulan ini.
Vitacare BSC Eczema Day - 8 September 2012
Eczema talk by MooGoo
Saya telah dijemput sekali lagi oleh pihak MooGoo dan Vitacare Phamarcy untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pengawalan ekzema, radang dan kegatalan kronik secara semulajadi kepada beberapa pelanggan. Seperti biasa, saya akan menyentuh tentang aspek-aspek seperti diagnosis klinikal, faktor-faktor immunological, penggunaan ubat-ubatan, efek jangkamasa panjang penggunakan steroid sapuan dan kaedah alternatif pada pengurusan ekzema. Juga membincangkan aspek-aspek seperti keturunan dan gen mutasi fillagrin, penggunaan Krim Aqueous yang boleh menyebabkan kerengsaan kerana ia mengandungi SLS (detergent) melalui kajian Profesor Richard Guy dan Manda Tsang dan bagaimana penggunaan steroid sapuan boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk kerana asakan pada kelenjar ardenal. Saya juga membentang kondisi yang di panggil Steroid-Induced Rosacealike Dermatitis (Ekzema disebabkan krim sapuan steroid). Alhamdulillah saya amat berterima kasih di atas sokongan moral daripada pihak Triniare, Vitacare dan ahli-ahli senior daripada kumpulan sokongan yang tidak putus-putus menyokong perjuangan kami.
MALAYSIAN ALLERGY DAY 2012 - Managing Childhood Allergies
Educational Workshop for Parents
22 September 2012
Tahukah anda bahawa setiap 16 September merupakan Hari Alahan Malaysia?
Pada tanggal pihak MSAI (Malaysian Society of Allergy & Immunology) telah mengadakan satu bengkel khas tentang kesedaran alahan termasuk ekzema kepada ibubapa di Sunway Resort Hotel. Kali ini saya teruja kerana kawan rapat saya Nur Hafizah Ahmad Tajuddin sanggup datang dari Kuala Trengganu untuk menghadirinya. Saya menggalakkan dia pergi kerana anaknya besar kemungkinan menghidap FPIES. Kondisi ini tidak mendapat pendedahan meluas yang sepatutnya dan apa yang kami dapati daripada perbincangan bersemuka dengan Dr Amir yang kebetulan salah seorang ahli panel, hanya terdapat 2 immunologist yang mampu memberi rawatan yang terbaik buat kondisi ini (samada dia ataupun Dr Kent Woo), Saya juga amat gembira apabila pertemuan dalam sebuah bengkel kerja sebegini mampu mempertemukan saya kepada beberapa ibubapa yang boleh menjadi ahli-ahli baru NAAE.
KL Breastfeeding FLASH MOB, KLCC - 23 SEPTEMBER 2012
Play N Learn Discovery Exhibition 2012 - Mid Valley Exhibition Centre
29 & 30 September 2012
Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati pada aktiviti-aktiviti sokongan yang telah dijalankan sejak kebelakangan ini. Ianya merapatkan lagi hubungan kami dan membantu ahli dalam pengurusan yang lebih komprehensif dan menyeluruh terhadap ekzema (dan juga alahan dan asma) secara semulajadi. Pengurangan pergantungan kepada ubat-ubatan adalah amat penting jika kita mahu sebuah generasi yang lebih sihat. Ubatan sintetik hanya memberi kelegaan sementara dan kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan yang memburukkan keadaan. Penubuhan kumpulan sokongan akan mencapai satu tahun tidak lama lagi. Kami juga sedang mengumpul maklumat kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers, Ubat Kebangsaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Ini kami jangka adalah satu langkah yang sangat besar kerana database mereka yang SETUJU bahawa penggunaan steroid sapuan jangkamasa panjang adalah MEMBEBANKAN dan MENYAKITKAN pesakit, malah sudah terbukti bahawa pengurusan secara semulajadi WALAUPUN LAMBAT adalah lebih bermanfaat secara jangkamasa panjang