Slider

Cerita saya...

Aliya lahir pada tahun 2000. Inherited Asthma dan Eczema kerana keturunan (my husband ada Asthma dan I sendiri ada family history of dermatitis). Orang selalu tegur pasal skin dia masa dia baby....agak menguris hati kadang-kadang tapi apa kan daya kan...



Masa Aliya lahir memang saya fail bagi dia susu ibu. Bagi sahaja muntah macam air terjun. Jadi dia minum very special formula - Enfalac AR. Lepas sejam bancuh susu tu jadi pekat cam ada nestum dalam dia huhuhu



Dulu I tak tahu yang baby yang ada Gastrointestinal symptoms, especially diarrhoea, vomiting, and regurgitation, sangat common dengan baby yang ada eczema.
(http://adc.bmj.com/content/78/3/230.full)

Currently Aliya dah outgrow eczema dia sikit tapi kulit dia memang tak berapa cantik. Macam leather. Asthma memang ada tapi undercontrol. Cuma dia kerap ada mouth ulcer. Masih allergic to certain food like peanuts, belacan and seafood.

A'aesyah lahir pada 2008. Anak saya seorang ini sahaja tidak ada apa-apa allergies atau asthma. Ada kemungkinan it has something to do dengan tabiat saya suka minum carrot susu (I will talk more on this later)



A'amelia lahir pada 2010. She has mild eczema at the moment but kadang-kadang flares up menjadi-jadi waktu malam - hence krup krup mengaru. At the moment her eczema sangat-sangat mild tapi memang ada (especially di pelipat dan tempat senang berpeluh macam leher dan belakang)


and as for me?

Saya ada nummular eczematous dermatitis sekarang ini dekat area buku lali. Punca sebenar selain keturunan, memang unknown tapi ada yang mengatakan  sebab bergesel dengan stokin. Maka jadinya saya jenis yang tak suka keluar rumah (ye la bila keluar kena pakai stokin :P)


4 comments:

  1. farah...sama nasib bby kita..anak aku Ipan mcm Aliya..twin kurang tp ruam pada lampin teruk..aku kalo salah mkn teruk ketiak gatal!!cuping telinga pun teruk..:)

    ReplyDelete
  2. sama mcm sofia..keluarga belaha saya ada alahan kulit..

    ReplyDelete
  3. betul ke asma n ekzema must come together? :(

    ReplyDelete
  4. Hi, saya mmg dah lama silent reader kat sini. Tapi rasa cam nak komen sgt hari ni sbb semlaam macam ternampak A'amelia kat Paed PPUM. Ke saya salah org? Hehe... Anak saya pun dua2 ada skin problem. From my husband and me pun ada genetically history on asma.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...