Sebelum ni naik di pelipat sahaja - tak teruk sangat. Doktor kat PPUM memang confirm yang dia eczema. I tanya juga beberapa kali kat paed pediatrik A&E tu, "boleh ke dia disuntik MMR kalau ada eczema" dengan konfidennya dia kata "BOLEH" ~ tapi gini lah pulak jadinya :(
I ambik ni daripada buku "Understanding Childhood Eczema By Penny Titman" Untuk tidak memeningkan kepala mak-mak, yang ini yang paling RINGKAS dan mudah difahami cara kita nak diagnose anak kita tu eczema ke tak :
Mesti mengalami :
- Keadaan kegatalan kulit yang melampau - An itchy skin condition
- Ditambah tiga atau lebih daripada yang berikut : melibatkan pelipat kulit seperti pelipat siku, bahagian pelipat belakang lutut, pergelangan kaki atau di pipi bg bayi
- sejarah peribadi mengidap lelah (asma) atau resdung atau sejarah penyakit atopik terutama pada keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
- Sejarah mengalami kulit kering pada tahun yang sebelumnya
- ekzema flexural or ekzema yang kelihatan di pipi dan dahi serta anggota badan luar bagi kanak2 dibawah 4 tahun
- Permulaan pada 2 tahun pertama anak.
tanpa disangka, keadaan ekzema atopik yang teruk, Mimi garu sahaja kulit dia sampai berdarah-darah. Mengakur krup krup macam tak ada rasa sakit langsung. Tau-tau bangun, I bau darah kat tangan dia.
Jadi dalam kelam kelibut tu, saya terus bawak dia jumpa allergics kat Jalan Ipoh. Hasilnya? tunggu....
10 hari yer, lama gak tu.. debo gak ni, anak mmg kat pelipat je naik sblm ni, baru ahad hari tu cucuk MMR... harap2 semuanya oklah.. huhuhu
ReplyDelete