Saya telah dicabar. Terima kasih pada si pencabar. Terima kasih kerana memanggil saya WIKIPEDIA dan menjadikan saya terlampau rajin dua tiga malam ini...
Malam ni agak tertarik pada suatu statement yang saya baca dermatology online journal : Topical delivery of active principles: The field of dermatological research Massimiliano Nino MD PhD, Gabriella CalabrĂ², Pietro Santoianni MD PhD Dermatology Online Journal 16 (1): 4
Beberapa hari yang lepas my good allergist dalam group ada share link pada posting dia berkenaan Keratosis Pilaris. Sebenarnya banyak artikel dalam simpanan sy yang belum sempat sy baca. Maka malam ini sy korek balik artikel berkenaan filaggrin deficiency.
I'm not going to sit down and wait untuk Mimi outgrow her eczema. Kalaupun ada kajian mengatakan some children will outgrow their eczema by 5 years old - no, I tak nak jadi sitting duck and tunggu.
In the meantime I want her to feel comfortable in "her own skin"
I nak make it as natural as it can be for her - besides what is NOT natural about applying NATURAL cream on your body.
Selalu gak dengar kan yang by the time our children grow up, being a 1 parent child sebab perceraian adalah normal. So maybe by the time dia sekolah or grow up into a teenager, bedak talcum is a thing of the past macam kaset lagu dan rolled film. Kalau cakap BEDAK talcum pun diaorang tak kenal agaknya dan semua orang pergi ke sekolah dengan menyapu cream dan bawah cream :P
Anyway, just to share RECOMMENDED DAILY SKIN CARE REGIME
by Doctor John Harper MD FRCP, Consultant in Paediatric Dermatology Great Ormond Street Hospital for Children, NHS Trust, London WC1 3JH
RECOMMENDED DAILY SKIN CARE REGIME
early am
Bath/wash containing an oily bath additive Application of treatment cream (usually a topical steroid)
mid-am
Application of moisturiser
mid-day
Application of moisturiser
mid-pm
Application of moisturiser
evening
Bath containing an oily additive Application of treatment cream (usually a topical steroid)
30 mins before bed
Antihistamine medicine
Tapi untuk kitaorang yang dah stop using steroid dan guna natural products ni macam ni kut
I juga pakaikan Mimi sleepware yang cotton (made dari bamboo lagi bagus) yang tutup seleruh badan. I gunakan theory pakai stokin untuk elakkan kelembapan hilang dari kaki kita. Tapi pastikan anak tak PANAS kalau di pakaikan sleepware macam ni ya.
Hope this helps - next time kita discuss macamana cara betul nak mandikan anak E
Pukul 3 pagi ke subuh adalah masa biasa untuk hama menyerang anak-anak yang ada ekzema. Since start menggunakan Sarung Tangan Scratch Me Not dan ISB daripada MooGoo memang ada membantu juga lah. Kalau I kebetulan tak tidur I akan cuba beri kelegaan yang sepatutnya dengan menyapu cream ISB atau Irritable Skin Balm daripada MooGoo. Lepas tu I pakaikan dia sarung tangan Scratch Me Not.
(usually I tidur lambat sebab buat self study untuk kondisi anak I ni)
Irritable Skin Balm boleh di dapati di sini - MooGoo
Wakil penjual SMN sleeves or sarung tangan Scratch Me Not di malaysia adalah Babies Wishes
Rawatan dermatitis atopik jika dikaitkan dengan alahan hama
Mencegah asma pada pesakit yang mempunyai risiko
Mengurangkan gejala dan penggunaan ubat pada pesakit yang mempunyai asma atau resdung
Rawatan pesakit yang mengalami kejutan alergi (anafilaksis) kepada sengatan serangga (lebah, penyengat, fireant.)
Siapakah yang berupaya memberi rawatan imunoterapi?
Hanya Allergist terlatih dan berkelayakan boleh menilai alahan anda dengan betul dan merangka imunoterapi yang betul untuk merawat alahan anda. (Contoh Allergists Berkelayakan adalah lembaga pakar perubatan yang disahkan oleh Lembaga Alergi dan Imunologi Amerika)
Berhati-hati dengan imunoterapi yang ditawarkan oleh mana-mana orang yang tidak terlatih.
Apakah bentuk-bentuk imunoterapi yang ada?
Suntikan imunoterapi adalah bentuk imunoterapi yang terbaik yang pernah dikaji dan paling berkesan sebagai imunoterapi untuk alahan. Satu lagi kaedah imunoterapi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sublingual imunoterapi .
Apakah perbezaan di antara kedua-dua bentuk imunoterapi?
Imunoterapi suntikan
Imunoterapi suntikan diberikan melalui suntikan dan adalah jenis imunoterapi yang paling berkesan. Rawatan bermula dengan fasa tokokan sekali seminggu sehingga dos sasaran dicapai biasanya dalam tempoh 4-6 bulan. Apabila dos sasaran dicapai, suntikan boleh diberikan sekali dalam sebulan. Tempoh rawatan adalah 3-5 tahun untuk mendapatkan kesan tahan lama maksimal. Risiko yang terlibat dalam imunoterapi suntikan jarang berlaku, tetapi kerana risiko reaksi alahan yang teruk, suntikan imunoterapi mesti dilakukan di pejabat doktor dengan tempoh menunggu 30 minit di pejabat selepas suntikan. Imunoterapi suntikan berkesan dalam pesakit yang mempunyai pelbagai alahan "sensitizations".
Imunoterapi sublingual (titis)
Imunoterapi sublingual diberi melalui titisan di bawah lidah. Ia adalah lebih mudah daripada "suntikan" kerana bentuk imunoterapi ini boleh dilakukan di rumah. Walau bagaimanapun, imunoterapi ini mempunyai kesan sampingan. Sakit tekak, mulut gatal-gatal dan bengkak bibir boleh berlaku. Tempoh rawatan adalah 3-5 tahun untuk mendapatkan kesan tahan lama maksimal. Dos imunoterapi sublingual yang betul juga akan menelan belanja lebih daripada imunoterapi suntikan kerana lebih banyak vaksin alergen yang diperlukan untuk merangka imunoterapi sublingual. Imunoterapi sublingual umumnya tidak begitu berkesan di kalangan pesakit yang alah kepada pelbagai alahan.
Allergist berkelayakan boleh membantu menentukan bentuk imunoterapi yang mana adalah sesuai untuk pesakit.
Keputusan untuk memulakan imunoterapi akan berdasarkan beberapa faktor:
Keinginan untuk mengelakkan penggunaan ubat dalam jangka panjang untuk mengawal gejala-gejala alahan
Bagaimana ubat-ubatan mampu mengawal gejala-gejala
Masa. Imunoterapi memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun komitmen untuk memperolehi manfaat yang berkekalan dalam kebanyakan pesakit
Kos. Imunoterapi memerlukan kos pendahuluan (tinggi) tetapi telah menunjukkan keberkesanan kos dalam jangka masa panjang dalam menguruskan alahan.
dipetik dan diterjemahkan daripada "Treatment for allergies" oleh Dr Kent Woo, The Allergist. Dr Woo adalah seorang ahli Persatuan Perubatan Honor Alpha Omega Alpha dan board certified by the American Board of Internal Medicine and the American Board of Allergy and Immunology Alamat: Gleneagles Kuala Lumpur Suite 717 Medical Specialist Clinic 282 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Harus berterima kasih di atas informasi dari group tentang ceramah yang di adakan pada hari ini di International Medical University sempena Health Awareness Day
Memang tak sia-sia travel jejauh ke Bukit Jalil semata-mata untuk mendengar ceramah Pakar Alahan Dr. Woo Chee Keen who is certified by the American Board of Internal Medicine and the American Board of Allergy and Immunology.
Orangnya masih muda - kagum kagum. Dr Woo memberi syarahan di IMU dan membuka klinik di Glen Eagles Medical Centre. Ceramahnya ringkas dan mudah untuk memahami apa itu penyakit ekzema.
Berikut adalah bahagian pertama rakaman ceramah tersebut - dah siap bahagian kedua dan tiga saya akan masukkan ke dalam posting ni.
Saya minta maaf jika audio tidak berapa baik memandangkan anak saya pun sibuk nak bagi ceramah sama :P