Slider

Memahami Eczema dari sudut rational penggunaan emolien dalam kuantiti yang besar


Saya telah dicabar. Terima kasih pada si pencabar. Terima kasih kerana memanggil saya WIKIPEDIA dan menjadikan saya terlampau rajin dua tiga malam ini...

Malam ni agak tertarik pada suatu statement yang saya baca dermatology online journal :
Topical delivery of active principles: The field of dermatological research
Massimiliano Nino MD PhD, Gabriella CalabrĂ², Pietro Santoianni MD PhD
Dermatology Online Journal 16 (1): 4

To be effective an active drug or principle must cross the stratum corneum barrier; this process can be influenced to obtain better functional and therapeutical effect
Tiba-tiba terfikir:

  • how can steroid be effectively given?
  • what is the function of steroids in eczema - reduce flare ups right?
Lantas mata tertangkap ayat ini pada salah satu artikel tentang cara penggunaan topical steroid:
You may need different strengths of steroid for different areas of skin.

Dalam erti kata lain, dalam apa jua bentuk pun, topical steroid HARUS memecah lapisan yang membentuk barrier pada kulit kita untuk sampai pada sel yang sedang meradang

Ya Allah. How can this be VERY GOOD to kulit anak kita yang sememangnya BARRIER dah rosak dan mengalami mutasi gen yang menyebabkan kulit senantiasa kering??

OK. Since anak-anak kita semua ada ekzema, apa kata kita ambik sedikit inisiatif untuk memahami sedikit info daripada Integumentary System kita atau KULIT.

Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi seluruh badan. Kulit menutupi dan melindungi permukaan tubuh dan bersambung dengan membrane mulkosa yang melapisi rongga-rongga dan orifis masuk ke permukaan.

Kulit mempunyai banyak fungsi, di dalamnya terdapat hujung saraf taktil, membantu mengatur suhu dan mengawal kehilangan air dari tubuh dan mempunyai sedikit kemampuan rembesan, merembes dan menyerap.


Kulit mempunyai dua lapisan iaitu dermis dan epidermis. Mari kita lihat secara dekat lapisan pertama sebagai benteng pertahanan. EPIDERMIS


Bayangkanlah kulit seperti sebuah roti tiga lapis. Lapisan terluar, yaitu lapisan tanduk atau stratum korneum, terdiri dari rangka sel berbentuk yang tersusun atas protein keratin.

Jika stratum korneum dibayangkan sebagai suatu dinding, korneosit adalah batu-batanya, yang disatukan corneodesmosome.
Lapisan epidermis pada kulit secara rutin akan meluruhkan sel-sel kulit mati melalui sebuah proses yg dikenal sebagai desquamation. Pada proses ini, sel kulit mati diluruhkan dari stratum korneum dan diganti oleh sel-sel baru. Enzin yang melakukan kerja ini di namakan Protease yaitu enzim yang mencerna protein. Enzim yang akan menghasilkan kulit baru adalah rotease inhibitor

The structural integrity of the stratum corneum is maintained by enzymes called protease and protease inhibitor that are modulated in proper balance kata Mototsugu Fukaya MD, JDA certified dermatologist dalam bukunya Steroid Addiction 2010 - I'd like to request the Japanese Dermatological Association to remedy its guideline for management of atopic dermatitis. (ISBN978-4-901402-47-7 C3047)

Dalam erti kata lain:
Integriti struktur stratum corneum dikekalkan oleh enzim yang dikenali sebagai protease dan perencat protease (protease inhibitor) yang dimodulasi dalam imbangan yang betul.

Skin barrier function can be impaired first by a genetic predisposition to produce increased levels of stratum corneum chymotryptic enzyme. This protease enzyme causes premature breakdown of corneodesmosomes, leading to impairment of the epidermal barrier

Dalam erti kata lain, orang yang ada eczema ini mewarisi kecenderungan genetik untuk menghasilkan tahap enzim stratum corneum chymotryptic yang lebih tinggi dari orang lain. Enzim protease ini menyebabkan kerosakan pramatang corneodesmosomes, yang membawa kepada kemerosotan halangan epidermis

Mutasi genetik sahaja mungkin tidak cukup untuk menyebabkan manifestasi klinikal AD atau Atopic Dermatitis

Selain interaksi alam sekitar, seperti membasuh dengan sabun dan detergen, atau permohonan jangka panjang kortikosteroid (atau cream sapuan steroid) semasa boleh terus meningkatkan pengeluaran enzim korneum strata chymotryptic dan menjejaskan fungsi halangan epidermis

So untuk lihat bagaimana penggunaan steroid sapuan atau topical steroid sebenarnya memburukkan keadaan kita hanya perlu lihat pada fakta pertama yang saya sebutkan

Dalam erti kata lain, dalam apa jua bentuk pun, topical steroid HARUS memecah lapisan yang membentuk barrier pada kulit kita untuk sampai pada sel yang sedang meradang

Untuk menjadi berkesan secara aktif, ubat atau principle nya perlu merentasi halangan lapisan stratum corneum barrier; proses ini boleh dipengaruhi untuk mendapatkan kesan yang lebih baik fungsi dan therapeutical

Terdapat halangan epidermis rosak dalam individu dengan dermatitis atopik. Halangan epidermis yang ditemui di lapisan korneum strata yang lebih rendah, dan terdiri daripada keratinosit berbeza-beza, yang digelar corneocytes (segiempat tepat berwarna beige dalam gambarajah - tersusun seperti batu bata), yang tercantum atau di "simen" dengan corneodesmosomes (bentuk sfera ungu dalam gambarajah). Hiperaktif proteases degradatory (heksagon merah dalam gambarajah) dijumpai dalam epidermis, dan disumbang juga oleh proteases eksogen (heksagon merah), dari hama rumah dan Staphylococcus aureus, sebagai contoh, memudahkan pecahan cantuman corneodesmosome. Ini adalah hanya satu langkah dalam pecahan halangan epidermis yang membenarkan penembusan alergen. 

Sel-sel dendritik (DC) (hijau) yang terdapat dalam dermis mengambil dan menghantar alergen ini (bintang merah) untuk sel-sel T penolong (TH) dan CD4 rekrut + sel-sel T (biru). Diaktifkan DC dan IL-4, dinyatakan oleh CD4 + sel-sel T, menggalakkan Th1 kepada pensuisan TH2 dengan pembebasan cytokines pro-radang dan ketinggian tahap IgE yang berikutnya. Hasil klinikal jenis ini adalah reaksi atopi dan asma.
Werfel T (2009) The role of leukocytes, keratino-cytes and allergen-specific IgE in the development of atopic dermatitis. J Invest Dermatol; advance online publication, April 4 2009 (doi: 10.1038/jid.2009.71) 




Akhir kata :
  • Penggunaan kuantiti yang besar emolien mengurangkan kuantiti dan potensi steroid topikal yang diperlukan untuk mengawal AD atau Atopic Dermatitis atau ekzema
  • Penggunaan terapi emolien lengkap boleh  mengurangkan kesan buruk steroid 
  • Pembayaran balik kos emolien akan meningkatkan kawalan ekzema yang mantap dan menghasilkan penjimatan kos 
kesimpulan daripada Optimising Treatment of Atopic Dermatitis -The Emollient to Topical Steroid Prescribing Ratio oleh Dr. Michael Cork pada 19th annual session of Dermatology Update, simposium utama untuk maklumat terkini mengenai ubat yang baru dan mantap untuk pengurusan pesakit dengan penyakit kulit di Sheraton Le Centre Hotel Montreal, Quebec pada November 8, 2003


sumber :
http://dermatology-s10.cdlib.org/1601/reviews/research/nino.html
http://www.nature.com/jid/journal/v129/n8/full/jid2009133a.html#bib217
http://findarticles.com/p/articles/mi_hb4384/is_1_40/ai_n29248254/
http://www.xtosis.com/chapter2.htm
http://www.jacionline.org/article/S0091-6749(06)00935-3/abstract

4 comments:

  1. kak farah,
    kalu atopic dermatitis tuh dah di kira eczema gak ker? baby sy ade AD di pipi kiri dan kanan, selama ini ingat psl makanan jd mcam tuh..kadang elok kadang naik balik merah2 tuh..berair skit..any advice kak Farah?
    tq

    ReplyDelete
  2. Mama Papa Thaqif

    Yes. AD dan eczema adalah sama

    ReplyDelete
  3. ada suggestion x utk lotion non-steroid for ekzema ne? TQIA

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Farah..info akak sgt berguna ttg ekzema..Thanks Allah find your blog..my boy 4bulan pn kena ekzema..mungkin sbb sy dan suami ada sinus dn sy sendiri ada asma dzaman kanak2...asalnya sy ke KK doc bg Calamine lotion..tp kulit ank sy jd teruk smpai mcm kena panau..sy peg klinik swasta doc ckp ank sy ada ekzema..doc suggest Aqueous Cream..sy pn beli dkt farmasi..mula2 pakai elok la..skrg habis berbintat2 kulit ank sy..dh tak halus mulus lg dh..dia mula kna ms 3bulan..mcmmana nk dptkn produk buds ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...