Slider

Apa yang kita boleh belajar dari Michael Jackson


Saya sebenarnya sudah tahu lama yang Michael Jackson mengidap Vitilago atau Sopak dan bagaimana dengan bantuan dermatologist dan make up artisnya, lebih baik terus menjadi "putih" daripada cuba menutup sopak-sopak putih menjadi seakan-akan kulit asalnya. Mungkin juga lebih MUDAH.

Mengapa MJ tidak pernah berterus terang tentang kondisinya? Bayangkan, persepsi masyarakat kita, sudahlah dia dikatakan pelik, kalau kelihatan di khalayak ramai dengan kulit bersopak, akan dituduh lagi pelik.

ITU MASALAH BESAR BILA MELIBATKAN KULIT

Menariknya sopak juga masalah auto immune yang manifestasinya nampak di atas kulit dan rupa - kesannya jelas dan terang sebagaimana ekzema juga.

Nak tak nak kita semua harus mengaku kita perfectionist. Self-dissatisfaction or non-acceptance of yourself and of the way you are. Kulit merah meradang, bersisik, berkuping, kelopak garam sana sini, gegatal, luka, infeksi seolah-olah tanda kita GAGAL.

Gagal jaga diri sendiri (kebersihan)
Gagal menjadi ibu bapa yang baik (menjaga kebersihan anak)
Gagal kerana malas mencari ubat
Gagal menjaga makan diri sendiri atau anak
Gagal....Gagal...Gagal

Kebenaran sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan kebanyakan orang tidak dapat menerima diri mereka sepenuhnya - rasa tidak puas hati dengan diri kita sendiri adalah ciri biasa bagi kebanyakan kita dan merangkumi tahap yang berbeza-beza dari seorang ke seorang. Fenomena ini bukan sahaja salah satu daripada kuasa-kuasa motivasi terbesar manusia (kerana ia menggalakkan perubahan) tetapi juga merupakan salah satu "PENYAKIT" yang hebat dalam kehidupan kita sebagai seorang insan (kerana ia membawa neurosis).

Ya. Bukan penyakit auto immune kita yang menjadikan kita atau anak kita SAKIT. Tapi "PENYAKIT" yang saya sebutkan di atas inilah sebenarnya punca segala masalah kita.

Dalam konteks yang lebih luas konsep tidak dapat menerima kenyataan tentang diri sendiri (atau kondisi anak) adalah luas. Sesetengah orang tidak menerima berat badan mereka dan pergi berdiet. Ada yang tidak berpuas hati dengan kebolehan akal dan intelektual yang telah alam berikan - maka mereka mahukan sesuatu yang lebih baik atau lebih dari it. Ada yang mengalami kekurangan keyakinan dalam diri sendiri atau ketidakupayaan untuk betul-betul bersosial dan menjadi benar-benar neurotik akhirnya. Ada yang sukar menerima seksualiti mereka atau kedudukan sosial dan ini boleh membawa kepada tindakan yang melampau. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang sama bagi kita semua - hampir setiap daripada kita tidak berpuas hati dengan cara kita kelihatan pada umum.

Saya tidak pernah bertemu dengan orang dalam hidup saya yang sepenuhnya gembira dengan rupa beliau. Sesuatu yang sentiasa salah - hidung, telinga, keadaan kulit, bentuk pinggul, perut, kaki atau mulut. Ada yang mempunyai rambut yang terlalu sedikit atau tidak, ada yang mempunyai rambut yang terlalu banyak dan tidak di tempat yang betul, orang-orang dengan rambut kerinting mahu ia lurus, mereka yang mempunyai rambut lurus mahu ia kerinting, sebagainya dan sebagainya - senarai ini tiada kesudahannya.

"Tidak Puas Hati Dengan Rupa Anda" begitu meluas sehingga seluruh industri kecantikan adalah berdasarkan konsep ini, sekaligus menjadikan ia teknik untuk mendefinasikan semua pengguna gemar produk kecantikan adalah sebenarnya - membenci diri sendiri.

Sehingga selepas saya kahwin, membeli mabeline eye liner seolah-olah satu keperluan hanya kerana saya "Tidak Puas Hati Dengan Mata Sepet Saya". Sehinggalah suatu hari, selepas digasak segrompolan manusia yang merasakan diri mereka lebih hebat dari saya dan saya menumpukan perhatian pada ilmiah, membantu orang lain, pendidikan anak-anak, pemakanan anak-anak yang lebih sempurna, maka mabeline eye liner saya tinggalkan menjadi keras berkerak. I care less about how I look and care more about how what I can offer to my society.

Benar...sukar menerima bahawa kita sebenarnya membenci diri sendiri...satu kenyataan yang tidak masuk akal sudah tentu tetapi populariti prosedur kosmetik membuktikan bahawa diri-rasa tidak puas hati pada rupa seseorang dan adalah satu perkara yang benar-benar rutin yang menunjukkan keinginan setiap daripada kita untuk mencapai standard tertentu - suatu kecantikan yang ideal.

Which brings us to...TOPICAL STEROIDS, produk yang mengandungi bahan yang kita tahu dalam jangka masa yang panjang akan membawa kemudaratan. Penggunaan dan abuse hanyalah sekadar memenuhi STANDARD KECANTIKAN YANG IDEAL.

Jika sesetengah daripada kita tidak mengambil jalan keluar dengan prosedur kosmetik, atau dalam konteks ekzema menggunakan Topical Steroids, ia bermakna bahawa taraf kita sama dengan orang-orang yang sangat bijak yang telah belajar untuk menerima diri kita sendiri atau menerima hakikat kita kekurangan untuk menikmati semua perkara-perkara baik yang boleh ditawarkan oleh industri kecantikan termasuklah FAST RELIEF yang ditawarkan oleh TS.

Sememangnya terdapat satu imej tertentu mental keindahan yang wujud dalam bentuk abstrak untuk semua manusia dalam dunia tanpa mengira bangsa dan warna kulit mereka. Ideal kecantikan termasuk satu kombinasi beberapa elemen wajib - yang minimum adalah kulit yang bersih dan sihat.

Dan dengan itu kita TUMBANG pada godaan TS.
Lalai membuat perkiraan kandungan dan bahan-bahan yang ada di dalam produk tersebut.
Lalai membuat kemas kini apakah sokongan sistem imun anak-anak kuat menentang allergen sebagai trigger factor.
Lalai berpantang kerana KASIHAN atau NAFSU - termasuk saya sendiri nauzubillah :((

The TS industry feeds on our kelemahan yang saya sebutkan di atas. Skin Care industry yang secara ethical dont care about their consumers feeds on this kelemahan kita untuk "fast relief". The outcome of this is, duit kita melayang dan mereka semakin kaya. Masalah kita masih tetap sama, malah berubah menjadi teruk pula (Topical Steroid Addiction)

Saya sedar sukar merubah beberapa faktor lain dan masih jauh perjalanan mengubah minda masyarakat "it is not a SKIN DISEASE" seperti yang di definasikan selama ini kerana manifestasi ekzema kelihatan di atas kulit. Tapi janganlah kita jauhkan minda kita daripada menyedari bahawa manifestasi ekzema sebenarnya berasal dari dalaman. Menjaga yang dalam itu penting.

Kerana saya rasa itu kunci kalau pun buat masa ini bukan penyembuhan tapi kawalan yang baik. Mana tahu dari kawalan yang baik datangnya penyembuhan.

Kunci pada tidak berasa FRUST AT THE END OF THE DAY



1 comments:

  1. Salam sis,saya sangat2 suka dengan pengisian di dalam blog akak ni..banyak sgt info terbaik..tahniah kak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...